Update stats :
Welcome to otherside world . If u love to critizises, please leave to otherside.
>
3:::jung yong hwa poem:::3


Monday, 21 July 2014

why?????


morning gayssss. its been awhile. nope! i mean...alaaaa, malas pula aku nak fikir ayat malam ini. tak rasa nak berkias pun. my title 'why???'. yeah, why? why you do this to me? desperate sangat ke aku ini. orang dah tinggalkan kita tapi kita still tunggu dia lagi. tak cukup bagus ke aku ini? apa yang aku buat untuk dia? banyak sangat persoalan dalam kepala otak ini. kenapa dia buat aku macam ini. AGAIN! tipulah kalau aku cakap aku benci kau. tak pernah aku benci dia. aku tak tahulah kenapa. seriously, sometimes aku rasa dia ini bukan yang terbaik untuk aku tapi dalam masa yang sama...banyak benda-benda yang baik happen dalam diri aku. such as, aku dah tak benci orang lagi after orang buat jahat dekat aku. Alhamdullilah diri aku rasa dekat sangat dengan Allah. aku tak caka aku berubah sebab hanafi. tapi aku berubah sebab aku fikir masa depan aku. aku taknak diri aku dibelenggu dengan kemaksiatan lagi jadi aku berubah. aku berdoa supaya diri aku ini istiqamah dalam menjalani ibadah Allah. kecewa, sedih, rindu aku pada hanafi...aku ceritakan semuanya pada Allah. sebab hati aku hanya akan lega bila aku mengadu pada Allah. jujur, aku selalu berdoa supaya jodoh aku dgn hanafi dekat walaupun kami tidak contact lagi. tapi kadang-kadang kenapa mesti ada rasa "sakit"???? kenapa kita tak boleh je berkawan? kenapa mesti nak buat macam ini? kenapa mesti nak lari dari masalh? aku fikir positif, maybe ini cara kau handle masalah kau. tap napi, bila kau cakap kau dah taknak jumpa aku lagi tu..tahu tak macam mana rasa sakit dia? tahu tak macam mana rasa bila everything kau korbankan untuk someone yang kau sayang..berkecai macam tu je? tahu tak napi aku masa hari tu aku bekerja dari pagi? tahu tak aku sangat-sangat tak tahu kau tujukan tweet tu umtuk aku? KAU TAHU TAK SEMUA TU??? napi aku cuma berdoa sahaja supaya apa yang kau buat dekat aku ini tak akan kena dekat diri kau. aku tak nak kau rasa sakit mcm apa yang aku rasa napi. aku rasa, betray, orang yg kita sayang dah berubah, rasa blur..yes, aku admit. aku pernah buat dekat kau sebab tu benda ini kena balik dekat aku cuma beza kita...aku tak pernah tinggalkan kau walaupun aku cakap aku nak berpisah dengan kau. aku setiap hari berharap supaya biarjelah aku accident..aku hilang ingatan dan aku boleh kuoakan kau terus je. kalau boleh, aku pun taknak ada apa-apa lagi dengan kau. tapi sebenarnya, kita tak boleh lupakan orang ynag pernah buat kita happy melainkan kita dah hilang ingatan. kau lari sejauh mana yang kau nak hanafi. aku sentiasa tunggu kau datang dekat aku balik. aku kecewa, sedih...tapi aku tahu Allah gantikan dengan sesuatu yang aku tak jangka langsung. jangan lupa bila kau dah berkahwin nanti. jemput aku. InsyaAllah aku akn dtg. maybe masa tu aku dah kahwin ke atau masih single..tak tahukan. aku daoakan kau hapy napi. i always love you. aku sebenarnya dah malas nak lupakan kau. biarlah aku teringat semua kenangan kita. biarkan aku bermain dengan bayang-bayang kau. izinkan aku untuk mencintai kau dalam diam. mencintai kau di alam maya. selamat jalan dunia realiti,

♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Thursday, 17 July 2014

to Hanafi Helmee



 
Amboi kemain muka kucing ini terkejutnya. Sepak mahu? hehehehe. lama juga aku tak blogging. last blogging bulan empat...sekarang dah julai. ahhhhh, biarlah. aku blogging pun sebab ermmmm sebab, sebab, sebab....i don't know. aku ceritakan semuanya lah pasal hidup aku yang terjadi. actually, lately ini lah aku rasa macam sakit-sakit je memanjang. aku tidur pun, bukan jenis tidur macam dulu. aku kalau sekali tidur, kena at least 2hari gitu. bila bangun, rasa macam nak muntah. nak cakap tidur lewat, aku ada je yang tidur awal. tapi entah kenapa. dah lama juga aku tak jumpa doktor. sepatutnya bulan 6 jumpa doktor tapi masa itu aku exam, so extend kan lah. last sekali check, doktor ckp psl antibody aku menurun. so, maybe senang effect dgn Hepatitis A or B. alaaaaa, yang tu boleh inject je. bukan itu yang aku risau. aku risau, darah aku nie. kalau aku cerita pun, bukannya korang faham. something wrong with my blood. i hope, memang ada something wrong. hope so. biarlah aku sakit lagi. pasal perut aku, aku rasa macam dah okay je. kena jaga pemakanan je. tak boleh ambil makanan sesuka hati. boleh juga diet ini. hehehehehe, badan macam ala2 model victoria secret. woot woot.itu yang first.
Yang second, again pasal hanafi. kali ini banyak. oh, btw masa tu aku dah mula tegur sikit-sikit napi but again...i'm being dump by him. seronok kan? ditinggalkan macam tu je? macam orang tak ada perasaan. macam sampah je aku dibunag. i don't know what he expected from me. tapi kali ini, aku tak ada perasaan. maksud aku, dia tinggalkan aku tapi aku langsung tak rasa apa-apa. the love feeling after what he did this to me, terus hilang macam tu je. dah tak ada rasa sayang dekat dia. fikirlah. first time kau buat boleh terima lagi apa yang dia buat tu tapi kalau untuk kali kedua...dah boleh agak dia akan buat lagi. so, aku memang dah prepare dari awal lagi. apa benda yang dia nak buat. you think after all you did this to me...aku still ada rasa sayang lagi??? nope! totally nope! aku tak benci dia pun. actually, tak ada perasaan. aku tak sempat nak rasa kasih sayang kau, kau dah tinggalkan aku. so, aku tak ada kenangan dengan kau. lagipun, bila aku whatsapp dia pun, dia mcm busy semacam. jadi, memang taklah aku nak kacau dia. aku pun faham maybe dia nak ada masa dengan membe dia or maybe dia nak study. as a student, aku fhm macam mana perasaan student yang lain especially kita dalam bidang yang sama. engineering kan. okay, then dia cakap lagi 
semoga kita tak berjumpa lagi ^-^

 woahhhhh...dah kenapa nak cakap macam tu. seriouslah, aku cakap. kau ini beria tahu. cakap taknak jumpa, dulu pun kau cakap taknak tahu pasal life aku..tup,tup tahu juga kan. baca blog aku nie lagi. aku tahu kau akan baca blog ini satu hari nanti. kalau aku cakap, kalau satu hari nanti kita berjumpa macam mana? kau hanya planner tapi yang menetukan Allah. how you so sure kau takkan jumpa aku? after kau cakap macam tu, aku terus terdetik dalam hati 

ingat aku nak jumpa kau ke sangat lepas kau dah buang aku macam ini? 

mungkin hana yang dulu bolehlah kau pijak-pijakkan kepala dia. for your information lah, kau cakap kau tak tahu kenapa ego kau lagi tinggi kan. kau belum try ego aku lagi. tapi dengan kau, aku kurangkan sebab aku pernah sayang kau..dululah. sekarang tak. sebenarnya, aku tak boleh nak maafkan kau lagi lah. aku tak kisahlah kalau kau nak benci aku ke tak. tapi aku lepaskan kau kerana Allah. bukan sebab perasaan aku dah tak sayang ke. aku tahu Allah jaga kau juga. setiap hari aku berdoa dekat Dia supaya jaga kau, kebahagiaan kau, semoga kau jadi budak baik. everything to make you a better person someday. sekarang nie, aku faham. kau tengah keliru dengan perasaan kau sendiri. kan senang kalau kau jujur dari dulu, kau tak pernah sukakan aku, sayangkan aku. kenapalah kau mesti beri harapan? ahhh, tapi takpelah. aku faham. benda dah lepas. nak marah pun, mungkin ada hikmahnya. aku kena positifkan semuanya. kan senang kalau kau cakap kau dah jatuh hati pada orang lain. aku tahu napi, kau ada orang lain. dari gaya kau, aku tahu. dari masa first time kita break aku dah tahu. dengan gambar kau berdua dengan siapa entah. aku taknak ambil tahu. nampak muka kau bahagia sangat time tu. aku rasa maybe hati kau dah diambil oleh orang lain. pasal gambar tu, jangan risau. aku dah tengok dah. pasal qiela everything, aku dah tahu. kau lebih suka aku assume kan berbanding kau terangkan semuanya. okaylah, aku assume kau sebenarnya dah ada orang lain and lepas ini aku takkan tunggu kau. sebab tu aku tweet, 

I'll  never fight for you or this relationship

sebab aku tahu kau dah ada someone yang boleh jaga kau. takpelah. biarlah kau pergi. mainlah jauh-jauh sana. pasal aku, kau jangan ambil tahu lagi lah. aku takkan ambil tahu pasal kau lagi. jangan risau. tapi twitter aku takkan private kan. sebab bagi aku tak penting kowt nak private tweet. aku bukannya ada sesiapa pun. tak ada benda nak rahsiakan.  memang aku ada ramai membe lelaki. ramai sangat. actually, aku tak ada sangat membe perempuan dan aku tak pernah flirt dgn membe2 lelaki aku. dorang semua jaga aku. sebab tu aku faham lelaki sikit-sikit sebab kebanyakkan kawan aku dari kaum lelaki. tapi aku tahu batas aku. kalau aku tweet pasal kwn lelaki aku tu, sekadar tweet jelah. macam kau dengan hanis hamdan kan. macam tulah aku dengan membe-mebe lelaki aku. yelah, kalau kau masuk UTEM ini, jarang sekali nak nampak perempuan. semua lelaki je. by hook or crook, kau kena juga minta tolong lelaki. pesanan aku untuk kau, 

aku tak benci kau, tak marahkan kau. maybe Allah dah tarik balik rasa sayang aku dekat kau sebab kau tak pernah nampak aku berusaha untuk kekalkan hubungan ini. Allah sendiri kesian tengok aku setiap hari sedih, nangis, kecewa kerana kau tapi aku still berusaha untuk ambil hati kau. mungkin dah tiba waktunya, kita bawa haluan masing-masing. kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi. jangan pernah putus berdoa untuk kebahagiaan kau. dan ingatlah, kebahagiaan kau yang kecapi sekarang ini mungkin dari berkat ibubapa kau juga. kejayaan kau semua ini. jangan sesekali belakangkan family kau dalam apa-apa hal jua. percayalah, aku boleh nampak sendiri abah sangat sayangkan kau sebab tu dia banyak marah kan kau. dia cuma nak kau jadi seorang manusia yang baik je. cari wanita yang tak pernah buat kau lupakan tentang solat kau, family kau. itu penting. mungking aku dulu, selalu tak alert pasal solat. tapi sekrang, aku berusaha untuk jadi lebih baik. sebab kita tahu, perempuan yang baik untuk lelaki ynag baik. tidak kisahlah kalau kau dulu jahat tapi kalau kau dah berubah, InsyaAllah Allah akan berikan kau jodoh yang baik. biarlah aku lepaskan kau kerana Allah. utamkan Allah dari segala aspek. papewhal yang kau buat, ingat Allah dulu. niat kerana Allah. 

akhit kata, mumgkin aku agak kasar bahasa bila tegur cara kau tapi aku cuma nak kau ambil pengajaran yang baik. yang tak baik tu, tinggalkan jelah. semoga kau berbahagia. semoga kau dapat jadi seorang ayah, suami dan anak yang baik suatu hari nanti. aku takkan ganggu kau lagi mulai saat sekarang. jaga diri baik-baik.  salam perpisahan dari aku, Nurul Farhana Wahedah Binti Ismail

♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Sunday, 27 April 2014

randomly thought but mostly from my heart. to the person that once ago make me happy :'(


Assalamualaikum. Dah lama gila kowt tak blogging. Actually, niat nak blog balik ini sebab aku nak cakap banyak benda, takkanlah nak tweet banyak benda kowt. Sikit, sikit tweet aku. Confirm bosang! So aku decide nak blogging balik. Oh, btw! Hahaha aku single sekarang nie. Official single tu aku tak tahu bila tapi bulan November tahun lepas lah. Taubat lepas ini aku tak nak couple lagi. Sumpah tak nak! Haaaaa, aku rasa ramai kowt salah faham dengan maksud aku yang “get back” balik. Oh, aku maksudkan macam nie. Aku memang taknak bersama, berkawan lagi dah pun dengan ex- aku sebab aku dah penat kowt nak tunggu dia. Dia pun macam tak ada inisiatif nak berbaik semula so aku decide kalau macam tu, baik tak payah berbaik selama-lamanya. Aku pun jenis tak kisah kalau orang tak nak berbaik dengan aku. Bagi aku ramai lagi orang yang aku belum kenal dan berkawan. Bukan dia seorang je aku perlu tunggu. Dan kadang-kadang aku tak faham dengan orang yang kuat sentap nie. Maksud aku, aku tak ada pun mention dia or what tiba-tiba nak sentap bagai. Lainlah kalau aku mention betul-betul nama kau. Kalau nak sentap, boleh terima lah juga. Aku kalau jadi manusia yang dihina, dimaki di twitter..benda simple je aku buat untuk taknak serabutkan kepala aku. Block org tu terus dengan syarat dia mention nama aku tapi kalau dia tak mention nama aku tapi aku tau dia cakap pasal aku tu, its okay lah. Kau ckp jelah pasal aku. Aku nak tengok juga apa yang kau nak cakap pasal aku. Benda itu normallah kalau orang tak suka kita. Aku perempuan boleh tahan lelaki maki aku kenapa lelaki tak boleh tahan aku maki dia? That’s the point! Aku dah terlalu biasa sangat lelaki maki aku dekat facebook, twitter, blog tapi aku macam buat bodoh je. Siap mention nama aku. Aku rasa manusia berbeza kowt cara dorang terima sesuatu itu. Cara aku bercakap dengan lelaki pun kasar. Dengan perempuan pun aku kasar juga Cuma dgn perempuan aku slow kan tone suara aku. Aku sensitive juga orangnya. Lelaki bukan boleh tahan ke kalau orang maki dorang? Ahhhhh, shit! Aku tak faham lelaki sebenarnya. Kejap okay, kejap ikut mood dorang, kejap tak okay. Okay fine! Dorang manusia. Manusia ada perasaan. Perempuan tak faham lelaki. Lelaki tak faham perempuan bla..bla..bla..aku Cuma peliklah. Then kalau kita tak faham sama-sama masalah kaum masing2 kenapa mesti kita nak kutuk antara satu sama lain? Kenapa mesti nak salahkan sebelah pihak je? Instead of gaduh, better kita selesaikan masalah kita kan. Tak payahlah nak ikut sangat ego masing-masing.  Lagi satu, kau takkan boleh lari dari masalah kau lah. Kau lari pun, masalah itu tetap kejar kau. Try untuk solve kan masalah korang lah. 


Yes, for you hanafi. Kau boleh lari sekarang. Lari sejauh mana kau nak lari. Dulu aku bolehlah lembut hati nak selesaikan masalah nie. Mesej kau macam tunggu tunggul konon taknak ambil tahu pasal aku lagi tapi follow aku dekat twitter? Lepas tu unfollow aku. Aku bagi tpis dekat kau, kalau kau nak lupakan aku. Benci aku! Kau ingat benda jahat yang aku buat dekat kau. Jangan ingat benda baik. Kalau boleh gambar profile picture facebook kau tu, delete! Jangan letak gambar masa kita keluar sama2 gila. Aku tak benci kau. Tapi aku marah kau. Fikiran kau. Kau tak fikir akibat yang kau dapat. Kau fikir pasal diri kau sorang je yang sedih semua. Kau tak fikir dekat tempat aku. Macam mana aku susah nak lupakan kau. Macam mana setiap hari aku termimpikan kau. Kau tak pernah tahu dekat tempat aku nie. And sekarang, aku rasa aku sangat-sangat happy bila kau dah unfollow aku. Even aku tak dapat tengok twitter kau tapi aku still stalk. Sekarang siapa yang gila macam dumbass??? Kau ke aku? Tolong jangan fikir pasal diri kau seorang je. Aku tahu kau sedih tapi kau sendiri tak nak usaha sendiri untuk hilangkan rasa sedih kau tu. Maksud aku, kenapa kita tak boleh jadi kawan je?  Kau dah ada orang lain dah pun. Dah couple pun kan. Aku nie yang tak ada sesiapa kenapa aku boleh terima kau dah couple, kau dah move on, kau dah happy??? Sebab aku fikir, kalau kau tak happy dengan aku, orang lain boleh happykan kau untuk aku. Sebab tu aku taknak move on. Aku happy tengok kau dah move on. Bukan senang untuk aku tengok kau dari jauh sedang happy dengan orang lain but I have to admit that I happy for you.  Kadang-kadang aku geram, kadang-kadang aku rasa happy, kadang-kadang aku rasa sedih. Tapi aku tak pernah benci kau. aku tak dapat nak temankan kau macam dulu tapi aku sentiasa berdoa pada Allah, even bukan aku orang yang happykan kau tapi aku sentiasa berdoa supaya Allah kurniakan orang yang dapt beri kau kebahagiaan dunia akhirat. Walaupun kau pernah maki aku, marah aku, benci aku, hina aku..aku bukan jenis ambil kisah pasal semua itu. Sebab kau pernah happykan aku. I appreciate the little things that you’ve done to me. Benda dah lepas kan. Tolonglah, lepas nie kalau kau dengan org lain, jagalah dia baik-baik.  Tanya dia kalau dia ada masalah ke taka da. Jangan biarkan dia sorang-sorang. Kalau kau memang betul-betul, cintakan dia show to her. Bukan dengan cara ingat dalam hati je. Semua orang boleh buat macam itu. Aku bukan macam ex kau yang lain. Yang boleh datang balik pada kau. aku lain, aku tak suka balik pada ex aku. 


Dengan bedin tu, sebab dia tak pernah putus asa untuk Tanya pasal aku, caring dgn aku lagi even aku tolak dia macam mana pun. Kenapa dia jadi macam tu, jawapan dia…dia dah buat org lain sedih, itu jadi tanggungjawab dia utk happykan balik org itu. Bukan sekejap dia nak happykan aku, hampir 4tahun aku baru boleh terima dia untuk jadi kawan aku. Sedangkan hubungan kteorg just 6bulan je. Dengan kau, nak hampir setahun tapi tak sampai. Yup, if I love someone..i love him so much. Cuma kadang-kadang aku ego. Aku tak nak tunjuk aku sayang kau sangat sebab aku perempuan. Aku tak nak kau Nampak aku macam perempuan yang tak boleh hidup tanpa kau tapi hakikatnya, aku tak boleh pun. Aku try sekarang hidup tanpa kau. aku try happykan sendiri hati aku without kau. aku cure kan balik hati aku. Lately nie, aku jadi tak berperikemanusiaan sikit sebab aku terlampau stress dengan kerja aku dan study aku. Then, aku pun tweet yang bukan-bukan dan menyebabkan sesetengah pihak terasa dengan tweet aku. Itu beyond my limit. Kadang-kadang aku pun tak perasan dengan aku tweet pasal apa. Aku tak fikir sape2 pun time aku tweet tapi tangan still jalan. And cara aku tweet memang kasar. Itu terserah pada sesetengah pihak nak terima macam mana. Sebab aku hidup bukan untuk please kan hidup dorang. Sesiapa yang terasa tu, cannot cakap papewlah. Aku minta maaf pun aku still buat juga. Benda ini jadi habit aku. Dari dulu lagi, aku suka buat diary and cakap semua benda yang aku tak puas hati dekat diary. So sekarang twitter aku dah jadi tempat diary aku. Hahahaha kadang aku gelak je siapa yang terasa dengan tweet aku. Sebab aku ingatkan orang takkan kisah dengan apa yang aku cakap. Yelah, orang selalu takkan target aku yang mulut lantang disebabkan aku diam je. Jenis yang tak ambil kisah tapi bila aku dah jadi keyboard warrior, masa tu lah masing2 nak sentap semua bagai. Senang kata, kita tak kenal someone tu, janganlah nak judge dia macam mana. Kalau kita tak suka, jauhkan jelah diri dari dia. Aku kalau tak suka someone tu, aku memang jauhkan diri dari dia. Kalau boleh, muka pun aku taknak tengok. Senang! Hati aku pun tak sakit. Banyak betul aku taip ini. Lastly, aku minta maaf kalau aku ada buat org lain tersinggung hati. Kalau aku nak menyalak dekat twitter aku, biar jelah aku nak menyalak. Twitter aku kowt. Tak kacau hidup korang pun .tak suka boleh block aku. Hehehehe itu jelah kowt. Papai. J

♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Saturday, 29 September 2012

kenangan :(

 
 
 
Anyyonghaseyo..:)…dah lame juga aku tak berblogging ini..last aku blogging time sebelum masuk JMC…cehhhhh,speaking bagai pula! JMC stands for JOHOR MATRICULATION COLLEGE…baru kusedar, dah tua rupanya aku ini…dah masuk 18tahun tapi still…belum matang…hmmmm, :’(…actually,aku berblogging balik ini ad implicit disebalik semua ini..aku saja nak share tapi kalau ada yang faham itu, aku tak tahulah…lepak sudey..cerita yang aku nak cerita ini Cuma ada kaitan dalam hidup aku je..tak ada pada orang lain langsung and kalau ada yang terasa itu, aku tak tahu nak cakap macam mana lah..wahhhh, hidup dekat matrik ini memang aku cakap, kalau yang tak cukup iman itu, better tak payah stay…elak, buat benda yang bukan-bukan saja…nak dekat PSPM ini aku makin stress so cara aku manage stress aku…petang-petang selalu juga aku keluar beriadah..duduk dekat bawah pokok, tengok budak-budak main rugby or football…kadang-kadang aku gelak seorang tengok mereka-mereka ini...dekat JMC ini aku diberi MODUL SATU…and aku sangat-sangat menyesal dapat modul ini..kalau aku tahu, aku jadi stress macam ini,aku tukar je kepada MODUL TIGA…aku tak suka orang pandang tinggi sangat dekat modul satu ini sebab kita semua sama level saja...no need to be compare with others lah..and dalam modul satu ini, aku dapat praktikum MS3…hmmmm, speak about MS3, generally..oklah..not bad sangat pun dapat praktikum ini…semua kanak-kanak dalam praktikum ini sporting habes..errrrr,aku betul-betul maksudkan sporting ke?? Maybe not..mereka semua ini baik-baik…errrr,apa adjektif yang aku nak bagi dekat mereka ini?? Tak tahulah..boleh dijadikan adik-beradik kowt..itulah maksud aku…tolong sesame sendiri..hah! baru betul...ok2, back to basic...bukan ini yang aku nak cerita..benda yang aku nak cerita ini, agak cofidential sikit but ambil iktibar dari cerita aku ini..

 
 
aku ada kenal dengan ramai orang dekat JMC ini, and kebanyakkan orang yang aku kenal, budak-budak sekolah lama..and aku jarang ad kawan baru dari JMC...and kawan aku lelaki yang first aku kenal dekat JMC ini is anonymous~~...aku tak tahu macam mane aku kenal dia..semua gara-gara study sama-sama..mule-mule,macam ini...dekat dewan kuliah..aku terpakse duduk sebelah dia..and DIA ORANG FIRST LELAKI YANG AKU TAK KENAL DUDUK SEBELAH AKU..!!! ok,at first..aku macam nak marah member aku sebab dah tak ada tempat lain lagi ke nak duduk..so, last-last aku give up...aku duduk sebelah dia...mengigil badan aku..itu memang reaction aku, kalau duduk sebelah lelaki..tangan semua berpeluh...aku still ingat lagi, masa itu kuliah bio...ok,aku tak fokus duduk sebelah dia ea..sebab dia ada cakap nak tukar modul MS kepada MT or MD..aku tak berapa dengar sangat dia cakap nak tukar modul apa..aku tak tahu kenapa leas habis lecture itu, aku cakap macam ini kat dia..
kau nak tukar modul ke? better kau fikir baik..janganlah tukar..:(
 
mesti korang pelikkan tiba-tiba orang yang korang tak kenal, cakap macam itu..aku rasa sangat malu giler lepas cakap macam itu..apa masalah aku cakap macam itu? biarlah dia nak pilih modul yang mana pun..aku tak faham..and kenapa aku mesti nak caring sangat dengan dia ini? mula-mula aku pelik..apsal aku jadi macam ini...suddenly je jadi baik...mungkin dia orang baik kowt sebab itu aku tak berani nak cakap kasar-kasar...aku fikir sampai situ je kiteorang punye conversation..tak sangka pula, ad incident lain yang happen..and dia cakap aku orang perempuan dekat JMC ini yang minta nombor telefon dia..ok, aku nak terangkan..aku minta nombor dia sebab kalau ada apa-apa hal..senang saja refer dekat dia..bukannya ada papew pun..and hubungan kiteorang makin "berbunga"...selepas dia menyuruh aku yang serba tak tahu pasal format report...suruh aku buat report! aku ingatkan just tolong dia saje..dialah yang buat report...tapi tak sangka, akulah orang yang menyiapkan dan menghantarnya...tapi aku tak kisah sangat pasal benda itu..and kteorang banyak berhubung utnuk menyiapkan report itu...tapi bukan setakat itu sahaja..


ini time barbeque pula...banyakkan benda aku nak cerita...hahaha..nasiblah...aku nak meluahkan dekat blog..dah lame tak tulis...kteorang collabrate sekali lagi dalam menjayakan majlis ini..tak tahu macam mana boleh asyik minta tolong dia je...actually,aku nak minta tolong orang lain tapi aku tak berapa rapat sangat dengan budak-budak lelaki except dia so by hook or crook aku terpakse minta tolong dia..and aku mengharapkan dia jadi seorang lelaki yang bertanggungjawablah..and tekaan aku memang tepat pun...memang dia lelaki yang baik pun..and bertanggungjawab...pada malam barbeque itu,ada benda yang mengguris gila hati aku...and automatically, mood aku terus tak ada..dari sunshine terus tukar menjadi glow in the dark..:(..sedih gila kowt...aku tak naklah cerita apa yang happen...and balik bilik, aku menangis sambil siapkan report bio aku...tengah-tengah buat report bio itu...tibe-tibe dier mesej aku..tak pernah buat dek orang, dia mesej aku dulu.. ayat dia..




ko ok tak? kelat je muka tadi..
 
ok ea, macam mana dia tahu aku tak ada mood? maybe aku tertunjuk kowt...tibe-tibe aku terus menangis gila-gila sebab...ntahlah kan..masa itu aku perlukan someone untuk mendengar masalah aku..roomates aku semua dah tidur, so tinggal  aku seorang2..and aku memang nak someone and tiba-tiba dia datang...maybe secara kebetulan tapi aku tak tahulah nak cakap macam mana..tapi masa ini aku still tak ada hati lagi dekat dia..betul-betul time aku ad hati dekat dia is masa bulan ramadhan...semua terjadi memang betul-betul coincidence...aku nak makan kek batik...tapi kek batik yang murah mase itu memang dah habis...jadi aku agak dissapointed giler...so,aku tak tahu kenapa aku mesti cakaap dekat dia aku sdih sebab tak dapat kek batik and dia...hmmmm,belikan untuk aku yang agak mahal tapi xberbaloi...kalau aku jadi dia,aku tipu saja cakap kek batik dah habis...hehe..tapi serious! aku macam tersedar..dia ini tolong aku sebagai kawan kan? bukan ada papew kan?...aku cepat-cepat neutralkan otak aku mengatakan kami sebagai kawan saja...sebab memang aku suke giler kenekan dia..hehehe..but dalam perhubungan mesti ada rintangan kan...ayat aku...sastera habis..maksud aku perhubungan ini sebagai seorang kawanlah...bukan ada papew pun...
 
 
 
dah 2 minggu kowt...tak bertegur..tak contact...tak tahu apew khabar..sihat ke tak...sakit ke...dia pernah bagi aku ubat batuk sebab aku batuk agak teruk time nak dekat UPS...and still ubat dia aku tak habiskan...aku sedih tiba-tiba...sebab aku dah rapat sangat dengan dia and tiba-tiba senyap...hati aku agak sentap juga...tapi aku tak nak salahkan dia..mungkin dia busy study kowt...ok..aku tak kisah pun...aku sentiase berdoa pada Allah supaya Allah tenangkan hati dia...bahagiakan hidup dia di sini..aku pernah janji dengan dia...aku tak akan buat dia sedih and aku nak jadi kawan dia yang happy kan dia tapi...aku rasa benda itu sekadar ayat saja...aku tak tunaikan langsung janji aku dekat dia...dia sedih tapi aku tak boleh buat papew..aku tau dia perlukan space untuk diri dia...jadi,aku akan jadi orang jauh yang sentiase sokong dia...hahaha..nampak macam aku ada hati dekat dia kan...itu pun no comment...maybe bende ini just for temporary...aku takut bila dia datang balik nak berkwan dengan aku,aku dah tak sudi terima dia jadi kawan aku tapi manusia kan..bukan boleh predict..mana tahu lepas kejadian in, kteorang jadi lebih appreciate each other..biarlah Tuhan yang tentukan...aku pun dah tak serabutkan hal ini dalam kepala otak aku..i wish him good luck for PSPM..do the best among the best...i know, kau mesti takkan baca post ini but kalau terjumpe post ini...aku harap kau tau...aku buat post ini untuk kau as aku appreciate segala memory kite di JMC ini..oklah...aku dah ngantuk snagt..jam menunjukkan pukul 1.50 a.m...dah pagi dah..esoak kite muleka hidup baru dengan senyuman dan muslimah yang sejati ialah...sentiase tersenyum walaupun dilanda pelbagai musibah..InsyaaAllah..aku akan lebih tersenyum selepas ini..oleh itu, papai semua...selamat pagi...:) 


 



♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Thursday, 23 February 2012

aku sangat suke!!!


Anyyong ! !
warrrgghhhhh aku suke gila ini weyh !!!!
for the first time . .
orang yang aku minat tak buat plastic surgery . .
sape yang tak suke kan ? ?
natural beauty dia dah memang macam itu . .
lainlah kalu dia jaga kulit dia itu . .
gile !
kulit lelaki lebih bershining dari kulit perempuan . .
tak boleh tahan aku . .
time tidur dia sangat cool .. 
mata dia redup sangat . .
memang ciri-ciri lelaki yang aku minat termasuklah mata redup . .
tinggi . .
hah !
tinggi dia 177cm . .
gila lagi !!
aku baru 169cm . .
sukenye !!!!!!
kalau peluk . .
zaaaapppppp . .
terus dekat dada dia . .
bila aku type ini . .
errrrmmmmmmmmmmmmmm . .
kalaulah dia dekat sebelah aku memang aku tak nak bagi dia pergi keje . .
tak nak dia keluar rumah . .
eeeeiiiiiii, geram sangat . .
dah lah macam itu . .
lepas itu pandai main piano . .
exactly type aku suke . .
pleaseeeeeeee . .
jangan tunjuk aku lagi lelaki macam ini kalau taknak aku jadi gila mee segera . .
hmmmmmm . .
aku rase baik minat lelaki yang tak mungkin jadi hak kita dari minat lelaki yang mungkin jadi hak kita . .
bagi aku . .
tak ada nampak obses sangat bila kita kenal dengan lelaki yang kita tak kenal . .
bagi pendapat aku lah . .
sebab kita minat orang yang gila high taste . .
and tak mungkin suka kita yang biasa-biasa ini . .
tapi kalau Allah dah nak bagi . .
ishhhhh . .
tak tidur malam kalau aku dapat lelaki yang aku nak . .
confirm macam robot . .
setiap malam menatap muka dia time tidur . .
kenapa bila aku fikir pasal dia ku tak boleh tidur ? ?
please weyh !!!!
aku dh gila !!!!
susah gile nak cari type lelaki yang aku minat . .
pandai,tinggi,mata redup,pandai main piano,tak banyak cakap,kuat bekerja
ada banyak lagi tapi aku agk choosy jgk . .
hehehehehe . .
tak apalah . .
aku nak share lagu kalau ada sape2 merajuk ke . .
cehhhhh . .
aku tak pandai pujuk orang . .
aku suke biarkan je orang itu . .
last-last ok jgk . .
kejap !



what the ??
kenapa mulut woohyun macam itu . .
hehehehe . .
ok tajuk lagu ini "can you smile" . .
actually lagu ini sedih . .
sort of macam konon lelaki ini nak pergi tapi dia suruh girl ini smile untuk dia . .
L...L....L....L... !!!!!
aku nak smile untuk L je . .
oh btw !
dalam vid ini L pakai baju warne merah . .
mata dia buatkan aku nak kena heart attack . .
lagi satu vid yang aku suke . .
aku suke lagu yang hepy tau . .
cheerful je sebab aku tak suke nak nangis2 ini sangat even aku kuat nangis . .
XD . .
kejap !




lagu ini pun sedap jugak . .
bukan sedap tapi ceria sangat-sangat . .
ermmmm . .
malam ini berangan lagi dengan L . .
hehehehehe . .
biarlah aku dengan dunia aku . .
tak kacau orang . .
memang aku nak sangat pergi korea . .
satu hari nanti . .
hmmmmmm . .
oklah nak pergi dulu . .
adik suruh buat megi . .
megi aku sedap weyh~~
hahahahahaha . .
good night L . .
miss you badly L . .
till one day . .
hoping to see you face to face . .
cehhhhh . .
mungkin aku dah tak ada perasaan dekat lelaki yang aku suka kowt sebab aku jadi macam ini 
aku layan korea lagi bagus kowt . .
dapat menghilangkan tense aku . .
aku rase bende ini menjadi kowt...
cehhhh . .
dahlah pergi dulu . .
papai . .
assalamualaikum . .



i love you L!!!!!



mmmuuuaaaahhhh !!!!





♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Saturday, 11 February 2012

krek..krek..krek..


anyyong . .
dah lama tak update blog aku yang tak berapa habuk ini . .
sorry . .
hehehehehehehe . .
bukan tak ada masa cuma aku rasa tak ada benda nak share . .
hmmmmmmm . .
genap seminggu 3hari . .
hahahahahaha . .
tarikh itu biar aku saja yang tau . .
bukan tarikh couple yoooo . .
tak ada-tak ada couple ini . .
hehehehehe . .
bahagia aku sekarang . .
tak payah nak fikir pasal belajar . .
duduk rumah goyang kaki saja . .
oh, btw . .
aku dah dapat keje . .
bukan dah dapt keje tapi isi borang keje saje . .
hahahahahaha . .
aku pun pelik . .
kenapa nak isi borang lepas itu nak interview bagai . .
entah . .
aku jenis malas nak ambil tahu . .
yang aku tahu .. 
keje and keje . .
petang ini aku pergi memandu lagi . .
petang-petang ini .. 
fuyoooooo .. 
panas tidak terperi kowt . .
aku sekarang ini dah macam vampire kalau kena panas . .
senang kata tidak boleh kena panaslah . .
harus ! !
menjaga kulit even aku ini berkulit hitam manis . .
alaaa ,
perempuanlah . .
mana-mana jaga kulit . .
bukan aku seorang saje . .
hah !
aku baru lepas balik dari rumah nana . .
hehehehehe . .
disebalik kegembiraan itu . .
terselit satu kejadian hitam menimpa aku . .
fuhhhhhh . .
malas nak cerita . .
aku tak nak ingat balik .. 
sedih pun ada . .
biasalah budak baru nak dewasa . .
sense of memberontak dia itu macam orang gila .. 
kalah rusuhan . .
hahahahaha .. 
malulah .. 
tak nak cerita . .
dekat rumah nana . .
aku kenal dengan nenek,mak and adik dia . .
semua baik-baik belaka .. 
by the way . .
kalau rumah aku macam rumah nana . .
setiap hari kowt aku pergi angsana and giant tampoi itu . .
nak pergi pun jalan kaki saja . .
korang tau kampung pasir ? ?
kat situlah nana duduk . .
aku suke suasana rumah dia . .
nyaman and harmoni . .
aku suke kampung yang macam itu . .
macam kampung aku dekat K.Lumpur . .
bestttttt~~
ishhhhh . .
kalau jadilah .. 
tak tahu budak-budak kecik ini . .
nak datang rumah aku pulak 19hb ini . .
gilelah . .
suke gile kowt aku . .
time dekat rumah nana itu .. 
aku tidur lambat . .
bangun pun korang boleh agaklah pukul berapa. . 
nenek dia dah suruh kteorang bangun pun tak bangun juga . .
masing-masing berdengkur . .
hehehehehehe . .
macam-macamlah cerita . .
pasal dulu-dulu dekat SMSSI . .
hahahahahaha . .
hmmmmm...
tak sabar ini . .
kena prepare dari sekarang kalau budak-budak ini nak datang . .
oklah . .
aku nak stop sekarang . .
peninglah pandang lama-lama lappy ini . .
kalo korean drama . .
tak pening pulak .. 
itu pun aku tahan sebab nak tahu sampai habis . .
esoknya confirm tak boleh bangun . .
hmmmmmm . .
oklah . .
out dulu ea . .
kalau ada cerita, aku ceritakan . .
selamat tengahari . .
assalamualaikum . .
:)

i think i'm sweet . .XD


♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Thursday, 2 February 2012

hmmmmm..terfikir kejap..!


kali ini post aku tak panjang sangatlah . .
tadi aku tertido . .
petang ea . .
tapi hujan . .
memang syurga gila lah tido petang-petang ini . .
sekali aku bermimpi . .
dalam mimpi aku itu . .
aku masuk PLKN . .
 memang macam-macam lah yang aku kena buat . .
sekali ada sorang coach ini . .
dia pregnant . .
tapi masa aku buat aktiviti itu aku memang lembap gila macam siput . .
so, dia tunggu je aku habiskan aktiviti dengan muka "banyakkan bersabar" . .
bila aku dah habis siapkan aktivitu itu . .
aku minta maaf sebab terpakse tunggu aku lakukan benda itu . .
coach itu muka buat tak puas hati kan . .
esoknya . .
kena buat lagi aktiviti itu . .
tapi kali ini lain . .
semua kawan-kawan aku buat aktiviti naik kereta . .
tapi aku sorang je kena jalan kaki a.k.a lari . .
sepanjang aktiviti lah aku lari . .
masa pun dah sampai malam . .
aku nak balik camp lah . .
sekali kena lalu satu lorong yang gelap teramat ini . .
mula-mula aku kuatkan hati lalu . .
sekali sampai pertengahan jalan . .
aku tak sedap hati . .
takut ada apa-apa happen so aku patah balik . .
aku try cari cahaya dari situ . .
tarraaaaaa!!!
akhirnya . .
cahaya lampu dapur yang menerangi kegelapan aku itu . .
so, time aku bangun aku terfikir . .
ini ke tanda Allah nak beri dekat aku . .
supaya jangan sesekali berputus asa and selalu berusaha mencapai sesuatu . .
biarlah orang lain buat dengan cara yang kotor . .
kita kena selalu berfikir positif . .
tandanya . .
coach pregnant adalah hati aku . .
sentiase bersabar menanti aku untuk berubah . .
aku berlari tanda aku berusaha bersungguh-sungguh . .
lalu jalan yang gelap . .
jangan sesekali jatuh kedalam lembah kehinaan . .
hmmmmm . .
Alhamdullilah dapat mimpi macam ini . .
terus terbangun aku . .
tak tido lagi . .
hmmmmm . .
baguslah . .
itu jelah aku nak kongsikan . .
aku tak tahu nak cakap apa lagi . .
result pun dah nak keluar tak lama lagi . .
doakanlah yang terbaik untuk aku .. 
ada orang tue cakap . .
dia yakin aku dapat keputusan yang baik . .
hmmmm .. 
baguslah yakin pada diri aku . .
tapi aku tak pernah yakin dengan diri aku . .
takpelah . .
tengok jelah nanti . .
selamat petang semua . .
assalamualaikum . .
:)

 




♥ I Love My Name. Such Wonderful Words. ♥

Love Me If You Wanna To Be Me